Pengedar tunggal Optiberry
Romeyzee (kiri) dan Kelvin (dua, kiri) bersama Muhamad Faiz Mohamad Noor (dua, kanan) dan Ahmad Esmadi Ismail, antara penasihat e-pembelajaran.
SETELAH lebih 13 tahun menceburi bidang perniagaan berbilang tingkat (MLM) yang berasaskan pembelajaran alam maya, Kenshido International Sdn Bhd, kini mengukuhkan lagi profil syarikat apabila menjadi pengedar tunggal produk kesihatan, Optiberry di Asia.
Naib Presidennya, Kelvin Kok berkata, produk kesihatan ini sekali gus merangkumi tiga teras utama perniagaan syarikat sesuai dengan maksud di sebalik nama Kenshido itu sendiri iaitu kesihatan (Ken), kecantikan (Shi) dan pendidikan (Do).
"Pada peringkat permulaan Kenshido memfokuskan kepada pendidikan dengan jenama produk Score A, namun kini sudah tiba masanya kami melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan produk terbaru yang diimport dari sebuah syarikat, Interhealth di Amerika Syarikat yang mengeluarkan produk herba.
"Jika dengan produk Score A, kami telah berjaya melahirkan lebih 60 orang jutawan, diharap produk Optiberry ini akan mencapai kejayaan yang lebih besar," katanya.
Menurutnya, Optiberry adalah gabungan enam jenis beri iaitu serbuk strawberry, serbuk cranberry, ekstrak elderberry, ekstrak blueberry liar, ekstrak bilberry liar dan serbuk raspberry, serta baik untuk kesihatan mata dan kecerdasan minda sesuai dengan pelanggan Kenshido terutamanya pelajar sekolah.
Antara kebaikan lain, Optiberry dihasilkan dalam bentuk tablet bagi memudahkan untuk dibawa ke mana-mana sahaja dan sesuai di makan oleh semua peringkat umur.
Selain itu, Optiberry turut disokong oleh saintis dan pakar penyelidik di mana daripada hasil kajian yang dilakukan, ia mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser dan sebagainya.
Mengulas mengenai persaingan dengan produk antioksidan yang terdapat di pasaran, Kelvin yakin Optiberry adalah enam kali lebih hebat berbanding produk lain.
Sejak dilancarkan pada 15 Mei 2011 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kenshido telah melahirkan seorang jutawan dengan hanya menjual produk ini.
Sementara itu, Pengurus Kanan Kenshido, Romeyzee Zainuddin berkata, syarikat juga kini membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang ingin menjadi wakil tunggal dipanggil Opti Center yang berminat untuk berkongsi peluang dalam memasarkan Optiberry.
Sejak membuka peluang itu kira-kira sebulan lalu, Kenshido telah mempunyai sembilan Opti Center antaranya di Ampang, Cheras, Wangsa Maju, Kepong, Johor Bahru, Bukit Mertajam, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Miri.
"Walaupun baru sebulan kaedah pemasaran seperti ini diperkenalkan, kami telah mempunyai sembilan Opti Center, dan secara tidak langsung ia membuktikan bahawa pengguna yakin dan percaya terhadap keberkesanan Optiberry.
"Ramai pengguna di luar sana mungkin masih belum tahu bahawa Kenshido telah mengeluarkan produk kedua selain Score A. Jadi dengan segala bentuk promosi yang telah diatur, saya yakin produk ini mampu bersaing di pasaran," katanya.
Romeyzee berkata, Kenshido juga mengadakan tawaran istimewa sehingga pertengahan Mei ini kepada mereka yang berminat untuk membuka Opti Center iaitu dengan hanya modal permulaan sebanyak RM28,000. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 012-2744 235.
Melihat kepada sambutan menggalakkan yang diterima, syarikat yakin dapat menjual minimum 100,000 botol Optiberry sebulan menjelang hujung tahun ini dengan disokong pembukaan lebih banyak Opti Center pada masa akan datang.
Sumber

0 comments:
Post a Comment